Top Page | English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Monday, 12 June 2023, 12:05 HKT/SGT
Share:
    

Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd
OYO menjadi rakan penginapan bagi pasukan kriket India (Kelainan Upaya) dalam lawatannya ke Malaysia

KUALA LUMPUR, June 12, 2023 - (ACN Newswire) - Syarikat teknologi hospitaliti global OYO telah mengumumkan bahawa ia akan menawarkan potongan harga bagi penginapan pasukan kriket India ini dalam lawatannya ke Malaysia dari 12 hingga 14 Jun 2023.

Tajaan ini Adalah sebahagian daripada komitmen OYO yang berterusan untuk menyokong kemasukan dan mempromosikan peluang yang sama untuk semua individu dalam sukan.

Sebagai sebahagian daripada penaja, OYO akan menguruskan kos penginapan pasukan ini sepanjang tempoh kejohanan dengan potongan harga. Penginapan mereka akan diatur di Hotel Signature International di Kuala Lumpur untuk memastikan bahawa pemain boleh memberi tumpuan kepada prestasi mereka dan mempunyai penginapan yang selesa dan bebas daripada tekanan semasa pertandingan.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Divyang Cricket Control Board of India yang merupakan pengurus bagi pasukan yang mengalami cabaran fizikal dan kelainan upaya seperti, Indian Wheelchair cricket team, Indian Women Cricket team dan Indian Deaf and Dumb cricket Team.

Bercakap mengenai pembangunan, Akshay Rathod, Ketua Pengarah, OYO Malaysia berkata, "OYO percaya dalam meningkatkan persekitaran yang selesa , mampu meningkatkan mutu prestasi tanpa mengira kelainan seseorang itu dan mereka berhak untuk mendapatkan peluang keselesaan yang sama. Ini merupakan peluang yang baik bagi kami untuk mengalu-alukan pemain kriket dari India dan memberi mereka pengalaman yang bermakna. Melalui inisiatif ini, kami bertujuan untuk membasmi halangan dan menggalakkan persekitaran di mana pemain-pemain ini boleh berkembang, mempamerkan bakat dan keupayaan mereka tanpa had."

Ghazal Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Divyang Cricket Control Board of India berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada OYO kerana sudi mengatur penginapan untuk pemain kami dan mempertahankan kesamarataan. Komitmen OYO kepada kemasukan dan aksesibiliti sangat memberi aspirasi dan ia telah mewujudkan persekitaran di mana semua orang boleh mengambil bahagian sepenuhnya dengan cemerlang. Ia memberikan kesan yang positif kepada kepada kehidupan atlet ini, dan untuk itu, kami sangat bersyukur."

Tajaan OYO kepada pasukan kelainan upaya ini merupakan teras kepada kepelbagaian, aksesibiliti dan inovasi. Ia dapat dilihat dalam tajaan penginapan kejohanan yang lalu untuk pemain kelainan upaya yang mengambil bahagian dalam Sardar Patel Divyan Cricket Tournament di Lucknow, India.

Tentang OYO

OYO ialah platform global yang bertujuan untuk memberdayakan usahawan dan perniagaan kecil melalui hotel dan rumah dengan menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi penuh yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan memudahkan operasi; membawa penginapan yang mudah ditempah, berpatutan dan boleh dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia. OYO menawarkan lebih daripada 40 produk dan penyelesaian bersepadu kepada pemilik hotel lebih daripada 35 negara termasuk India, Eropah dan Asia Tenggara pada 30 September 2022. Untuk maklumat lanjut, sila melawat www.oyorooms.com.

Website: https://www.oyorooms.com/my/

Media contact:
Abhishek Sinha
PR & Corporate Communications
Tel: +91-9198461616
Email: abhishek.sinha3@oyorooms.com


Topic: Sponsorship of Event
Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd

Sectors: Retail & eCommerce, Travel & Tourism, Daily News, Regional, Hospitality, Local Biz
http://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.



OYO Hotels & Homes Pvt Ltd
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
OYO's profit doubles to INR 30 cr
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches self-funded 15% discount to protect hotel revenue
Oct 19, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches virtual front desk for De Rantau properties
Oct 12, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO Reports its first net profit at RM9 million
July 21, 2023 09:00 HKT/SGT
OYO to add 100 hotels as a digital nomad DE Rantau program partner
June 9, 2023 19:00 HKT/SGT
OYO becomes accommodation partner of differently abled Indian cricket team for Malaysia tour
Apr 24, 2023 12:00 HKT/SGT
OYO offers up to 70% discount on Hari Raya holiday bookings in Malaysia
Apr 17, 2023 12:00 HKT/SGT
OYO announces up to 70% discount on Hari Raya holiday bookings in Malaysia
Mar 27, 2023 11:00 HKT/SGT
Ramadan 2023: OYO announces a special scheme to reward travelers in Malaysia
Dec 22, 2022 09:00 HKT/SGT
OYO announces up to 70% discount on bookings for school holiday season in Malaysia
More news >>
 News Alerts
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Privacy Policy | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | Beijing: +86 400 879 3881 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575

Connect With us: